
April 17th, 2010

admin
Hari ni masuk minggu ke-3 hadir ke studio untuk menghabiskan proses rakaman untuk album ke-2 ITQAN bawah Kelab Nasyid ITQAN. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Hari ni rekod lagu Bisikan Rindu, Buatmu Guru. Satu lagu baru yang dicipta oleh Amin Nordin dan lirik ditulis oleh Amiza Khusyri.
Nak update gambar….tapi tunggu dulu la….:) dah siap cover album baru bleh tunjuk-tunjukkan sikit di sebalik tabir…Esok, insya-Allah Kelab nasyid ITQAN akan melakar satu sejarah kerana berjaya menyatukan 3 orang vokalis Al-Anwar untuk lagu Rindu Akhirat yang akan dirakam semula bersama kumpulan ITQAn dalam album kedua ini. Nantikan kemunculan album ini yang dijangka dilancarkan pada bulan Julai ini.

April 1st, 2010

admin

Hari ini saya terbaca satu post yang dihantar oleh salah seorang sahabat Facebook. Ianya merupakan link kepada Akhbar KOSMO Online. Artikel dalam Kosmo Online berbunyi begini;
KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
Apa yang nak ditunggu lagi kepada para perokok…terutama yang MUSLIM… Berhenti lah sekarang. janganlah bagi alasan lagi dengan menyandarkan kepada pendapat yang bukan jumhur. Memang ulama ada pelbagai pendapat..tetapi untuk menjaga diri kita, apa salahnya kita pegang dengan hukum yang paling berat.
Dengan keadaan ekonomi sekarang ni pulak, kan kita boleh berjimat jika tidak MEROKOK. Amacam…boleh berhenti sekarang? Saya pernah berbual dengan seorang perokok tegar yang boleh berhenti serta-merta. Selepas berpuluh tahun merokok. Ini pulak hujjah bagi orang yang berkata “Nak berhenti kena perlahan-lahan”.
So…mari kita sama-sama menyatakan:

Kata peribahasa Melayu;
“Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu dalih”

March 25th, 2010

admin
Akhirnya, penantian 2 minggu graduan Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat JAKIM bagi Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) berakhir. Ustaz selaku Setiausaha Peperiksaan Tahfiz (Diploma) ITQAN mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua graduan ITQAN yang telah berjaya pada peperiksaan kali ini. jadilah seperti resmi padi, ’semakin berisi, semakin tunduk’. Jadilah seorang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya. Jangan sesekali kita berasa tinggi diri atas ilmu yang kita miliki. Renungkanlah rangkap nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan RABBANI;
‘Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya’
Maka dengan ini, diumumkan bahawa Keputusan peperiksaan adalah seperti berikut:
Keputusan Peperiksaan Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat
[Klik Pada Gambar Untuk Melihat Dengan Jelas Menggunakan Format PDF]
Setakat ini dahulu. Seterusnya nanti akan diletakkan Analisa Peperiksaan untuk tatapan umum. Terima kasih.

March 24th, 2010

admin
Hari ini saya dipanggil menghadiri temuduga Tauliah Mengajar Agama di Negeri Sembilan. Bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Agak-agaknya, kenapa pihak Dato’ Mufti amat menitik beratkan soal Tauliah ni..? Apabila soalan ini dibincangkan oleh kami calon-calon temuduga pagi tadi, rata-ratanya bersetuju dengan kewajipan mendapatkan tauliah mengajar agama di Negeri Sembilan ni. Mungkin juga ianya amat penting bagi semua tenaga-tenaga pengajar agama di seluruh negara.
Mungkin ini adalah salah satu cara menyatukan fikrah dalam mengajar agama agar para pengajar tidak mengajar selain dari apa yang telah diamal dan diterima pakai dalam negara kita Malaysia. Maklumlah…, sekarang ni macam-macam cara akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi menyebarkan pelbagai fahaman yang tidak selari dengan amalan Ahli Sunnah wal Jama’ah.